Input your search keywords and press Enter.

Jangan Sekat Penghuni Pulang Ke Kediaman – Ismail Sabri

M Update, 14/5/2020 – Pihak pengurusan bangunan berstrata seperti kondominium, pangsapuri dan rumah pangsa diingatkan tidak membuat peraturan sendiri dengan melarang penghuni kediaman yang pulang dari kampung masuk ke rumah masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihak pengurusan perlu mematuhi arahan serta prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan kerajaan dan tidak membuat peraturan yang menyusahkan pemilik atau penyewa masuk ke kediaman mereka.

“Itu bukan arahan kerajaan (larangan masuk ke kediaman), itu tindakan sendiri. Saya berharap pihak pengurusan bangunan tidak mengambil tindakan sendiri.

“Selepas kerajaan benarkan pergerakan pulang dari kampung ke ibu negara dalam tempoh empat hari, ramai yang tidak boleh ke rumah kerana ditegah dan terpaksa menyewa di tempat lain sementara menunggu kebenaran pulang ke kediaman.

“Kita ingatkan pengurusan kondominium atau pangsapuri supaya buka dan beri penghuni sama ada pemilik atau penyewa pulang. Jangan sekat lagi,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Sumber : BH Online

Leave a Reply