Input your search keywords and press Enter.

Cuba Rentas Negeri: Lebih 3,000 Kenderaan Diarah Patah Balik

M Update, 20/5/2020 – Lebih 3,000 kenderaan diarah berpatah balik semalam, apabila dikesan cuba melakukan perjalanan rentas negeri untuk pulang ke kampung tanpa alasan munasabah.

Jumlah itu menyaksikan peningkatan ketara berbanding kelmarin yang menyaksikan lebih 1,000 kenderaan dikesan cuba melakukan perjalanan merentas negeri, yang bertentangan dengan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan sebanyak 3,212 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung untuk berhari raya, diarah berpatah balik oleh polis, semalam. – BH Online

Leave a Reply