Input your search keywords and press Enter.

Kerajaan Belum Putuskan Sama Ada PKPB Disambung – Ismail Sabri

M Update, 3/6/2020 – Kerajaan belum memutuskan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir Selasa depan, akan dilanjutkan atau sebaliknya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan perbincangan mengenai perkara itu belum dilakukan.

“Seperti biasa, setiap kali sambung (PKPB), kita akan membuat pengumuman. Setakat hari ini, kita belum tahu lagi kerana belum ada perbincangan sama ada hendak sambung atau tidak. Selepas keputusan dibuat, kita akan umumkan. Sambung (PKPB) pun kita umum, tidak sambung pun kita umum.

“Justeru, tunggulah pengumuman itu dibuat nanti,” katanya pada sidang media di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Leave a Reply