Input your search keywords and press Enter.

Penjaja Warga Asing Degil Terus Digempur

Foto : DBKL

M Update, 4/6/2020 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus menggempur penjaja warga asing yang masih berdegil meneruskan operasi mereka di kawasan luar Pasar Borong Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Jurucakap DBKL berkata, seramai 14 pegawai dan anggota penguat kuasa DBKL melakukan pemeriksaan di Jalan 1/2A berhampiran pintu keluar Pasar Borong Kuala Lumpur kira-kira jam 8 pagi tadi.

DBKL

“Hasil pemeriksaan dilakukan mendapati masih terdapat segelintir penjaja warga asing menjalankan operasi di bahagian luar pasar borong berkenaan. Susulan itu, kami mengambil tindakan sitaan terhadap barang jualan mereka membabitkan pelbagai jenis sayuran seperti bawang, tomato dan terung.

“Kami turut merampas satu payung khemah digunakan penjaja warga asing beroperasi di kawasan terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

DBKL

Katanya, tindakan sita akan terus dilaksanakan DBKL terhadap operasi jualan penjaja warga asing di kawasan berkenaan. Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan DBKL akan diteruskan khususnya di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur bagi memastikan aktiviti warga asing ini tidak berkembang semula,” katanya.

Leave a Reply