M Update, 9/6/2020 – Mulai esok, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lagi akan membuat sekatan jalan raya bagi menghalang pergerakan rentas negeri.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tumpuan PDRM selepas itu adalah terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di premis perniagaan termasuk pasar raya dan pasar malam.
“Hari ini adalah hari terakhir larangan rentas negeri kerana esok bermulalah kebenaran rentas negeri. Namun, untuk kes lain seperti Ops Benteng, memantau jenayah lain, akan tetap dilakukan PDRM seperti biasa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media harian di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, hari ini.