Input your search keywords and press Enter.

KPM: Takwim Penggal Persekolahan 2020 Dipinda

M Update, 24/6/2020 – Kementerian Pendidikan (KPM) meminda Takwim Penggal Persekolahan 2020 untuk membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pindaan membabitkan cuti pertengahan penggal dua yang dikurangkan daripada sembilan hari kepada lima hari.

Ia membabitkan sekolah kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu dan kumpulan B membabitkan Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Selain itu, cuti akhir tahun bagi sekolah dalam kumpulan A dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari manakala sekolah dalam kumpulan B dikurangkan daripada 41 hari kepada 13 hari,” katanya.

KPM menyatakan jumlah hari persekolahan secara bersemuka berdasarkan pindaan Takwim Penggal Persekolahan 2020 adalah 168 hari bagi semua sekolah.

Katanya, bilangan hari pembelajaran di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah 56 hari bagi sekolah dalam negeri kumpulan A dan bilangan hari pembelajaran di rumah dan bagi sekolah dalam negeri kumpulan B adalah 55 hari.

“Bilangan hari pembelajaran di rumah hanya terpakai kepada murid Tingkatan Lima dan Enam manakala bagi murid lain bergantung kepada bila mereka akan kembali ke sekolah kelak,” katanya.

Takwim Penggal Persekolahan 2020 yang sudah dipinda boleh diperoleh melalui laman sesawang https://www.moe.gov.my/takwim/takwim-persekolahan-pindaan-2020.- BH Online

Leave a Reply