Input your search keywords and press Enter.

KKM: Konsep ‘Uber’ Untuk Khidmat Kesihatan Di Rumah Akan Diperkenal

M Update, 8/7/2020 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperkenalkan platform tempahan dalam talian berkonsepkan ‘Uber’ untuk orang ramai mendapatkan khidmat pengamal kesihatan KKM di rumah.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, platform itu akan diwujudkan dan diuruskan oleh pihak swasta yang dipilih oleh KKM melalui tender terbuka selepas ini.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah perkhidmatan ujian makmal seperti ujian darah, perkhidmatan pesakit luar bukan kecemasan, perkhidmatan penjagaan luka yang khusus dan dialisis peritoneal untuk pesakit buah pinggang, katanya.

“Ini merupakan uberisasi perkhidmatan kesihatan KKM yang bertujuan memantapkan lagi sistem perkhidmatan kesihatan,” katanya pada majlis amanat Menteri Kesihatan bagi warga KKM di kementerian itusemalam. Majlis tersebut turut dipancarkan secara langsung ke semua Jabatan Kesihatan negeri.

Difahamkan, konsep tersebut dipertimbangkan kerana KKM menerima banyak permintaan daripada orang ramai yang mahu menjalani rawatan bulanan di rumah. Dr Adham berkata, caj bayaran bergantung pada jenis perkhidmatan yang diberikan serta jarak pejabat pengamal perubatan ke rumah pesakit. The investigation was ongoing but so far, no arrests empire city casino shuttle bus schedule have been made.

Beliau berkata, uberisasi perkhidmatan kesihatan KKM merupakan antara tawaran baharu KKM atau Agenda Nasional Malaysia Sihat Bagi Memperkukuhkan Promosi Kesihatan dan Amalan Gaya Hidup Sihat.

“KKM sedang dalam proses merangka dan meneliti perkara-perkara berkaitan perniagaan teras dan pengurusan kementerian melalui satu dokumen atau pelan yang diistilahkan sebagai ‘New Deals’ KKM atau tawaran baharu KKM untuk diguna pakai sebagai hala tuju,” katanya.

Antara yang disenaraikan di bawah tawaran baharu KKM ialah pendigitalan perkhidmatan jagaan kesihatan, penyumberluaran perkhidmatan kesihatan, pengukuhan kesiapsiagaan terhadap wabak, bencana alam sekitar dan kecemasan perubatan serta pengukuhan sistem pembiayaan kesihatan, katanya.

Ketika berucap, Dr Adham merakamkan penghargaan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, barisan pegawainya dan petugas barisan hadapan yang komited menangani wabak Covid-19 untuk menyelamatkan nyawa rakyat.

“Anda tidak mengeluh tetapi terus berkhidmat tanpa mengira lelah demi kesejahteraan negara sehingga berjaya mengawal penularan jangkitan COVID-19 dalam negara. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan,” katanya. – Bernama

Leave a Reply