Input your search keywords and press Enter.

PDRM Mohon Elaun Pegawai, Anggota Polis Marin

M Update, 20/7/2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerajaan mempertimbangkan bayaran insentif RM500 sebulan kepada 2,270 pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin (PPM).

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abd Rahim Jaafar, berkata pasukan itu tidak pernah menerima elaun khas sejak penubuhannya pada 1947 iaitu kira-kira 73 tahun lalu.

Katanya, elaun khas itu dimohon adalah berasaskan kepada beberapa kriteria PPM iaitu kepakaran, kemahiran, kepentingan perkhidmatan, risiko kerja, kesusahan, galakan dan keanehan tugas.

Abdul Rahim pada sidang media khas jabatan itu berkata, insentif PPM itu antara dua elaun yang dikemukakan untuk dipertimbangkan kerajaan. Pada masa sama, PDRM juga memohon kerajaan menimbang menaikkan elaun pakaian seragam pegawai kanan polis dari RM500 ke RM1,000. – BH Online