Input your search keywords and press Enter.

Masjid Razaleigh Dibuka Selepas PKPP Tamat

M Update, 24/7/2020 – Masjid Razaleigh berharga RM32 juta akan dibuka selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata, sepatutnya dibuka Jumaat depan sempena Aidiladha, namun terpaksa ditangguhkan sementara waktu sehingga tamat PKPP.

“Pembukaan masjid perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat terutama penjarakan sosial yang boleh menimbulkan rungutan dalam kalangan jemaah,” katanya kepada pemberita selepas meninjau masjid itu, di sini hari ini.

Masjid Razaleigh yang dibina pada 2016, dikatakan menyerupai model Masjidil Haram di Makkah dan mampu memuatkan kira-kira 3,500 jemaah. – BERNAMA