Input your search keywords and press Enter.

Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2020

Garis panduan 30 peratus produk PKS di pasar raya ditambah baik: KPDNHEP

Usaha kerajaan memperkasa Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) tahun ini adalah bertepatan memandangkan ekonomi semasa yang terjejas akibat pandemik COVID-19.


Langkah ini perlu bagi merangsang dan merancakkan pertumbuhan ekonomi domestik, sekali gus meningkatkan kesedaran pengguna mengenai kewujudan produk tempatan dan menggalakkan pembelian.
Dalam masa yang sama, kempen juga juga dapat membantu pengusaha tempatan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengembangkan perniagaan.


Berdasarkan data terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, sumbangan PKS kepada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah meningkat kepada 38.9 peratus pada 2019 berbanding 38.3 peratus yang dicatatkan pada 2018.
Disamping itu, produk tempatan berperanan besar terhadap ekonomi negara dan akan terus menyumbang kepada peningkatan peratusan KDNK selain membuktikan peranan PKS yang berupaya menyediakan peluang pekerjaan dan menyokong pertumbuhan ekonomi.


Kerajaan telah mengkaji dan memperkenalkan pelbagai strategi dalam usaha membawa produk PKS tempatan ke sektor peruncitan termasuk berganding bahu dengan syarikat peruncitan utama negara serta kerjasama daripada pasar raya, kedai serbaneka dan rangkaian kedai syarikat minyak seperti Shell.


Program Kembara Pengguna dan Peniaga KPDNHEP Selangor Tahun 2020 dirangka sebagai platform untuk mendapatkan maklumat asas tentang kesedaran kepenggunaan bagi pengguna dan peniaga terpilih di kawasan luar bandar.


Program empat hari sehingga 16 September itu turut mempromosikan dua kempen utama iaitu KBBM dan Program Jualan Malaysia (PJM) yang juga inisiatif bagi merancakkan sektor peruncitan serta mengembalikan permintaan pasaran dalam negara.


Ia dilaksanakan secara jelajah berkumpulan (konvoi) dengan penglibatan 12 kenderaan pacuan empat roda dan 20 tempat kajian berjarak 591 kilometer keseluruhan ditetapkan bagi mendapatkan maklumat berkaitan tahap kesedaran pengguna dan peniaga di Selangor.
KPDNHEP Selangor juga mendapat kerjasama daripada Petronas Dagangan Bhd bagi mempromosikan PETRONAS sebagai jenama Malaysia.