Input your search keywords and press Enter.

Pelajar IPT Dari Semenanjung, Sabah, Labuan Wajib Jalani Saringan COVID-19 – JPBN Sarawak

M Update, 6/10/2020 – Semua pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA dan IPTS) dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan yang telah melapor diri di Sarawak diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak semalam.

Keputusan mewajibkan ujian saringan itu dibuat pada mesyuarat semalam dan ia boleh dilakukan di klinik kesihatan yang berdekatan dengan pelajar.Manakala pihak pengurusan IPTA dan IPTS dikehendaki berhubung dengan Pejabat Kesihatan Bahagian dengan segera. – JPBN