Input your search keywords and press Enter.

Jalani Saringan Bagi Individu Pulang Dari Sabah Sebelum 27 September

M Update, 9/10/2020 – Individu yang pulang dari Sabah sebelum 27 September sangat dialu-alukan untuk tampil menjalani saringan COVID-19.

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini mewajibkan semua individu yang pulang dari Sabah, mulai 27 September hingga 10 Oktober untuk menjalani saringan COVID-19, selain diarahkan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketika ini, hanya mereka yang pulang dari Sabah dan mempunyai gejala atau kontak rapat dengan individu positif perlu tampil membuat saringan. Katanya, kumpulan sedemikian wajar memaklumkan sejarah perjalanan mereka Sabah atau mempunyai kontak rapat dengan individu positif ketika tampil di klinik berhampiran untuk membuat saringan.

Tetapi mereka tiada gejala atau mempunyai kotak rapat, sangat dialu-alukan tampil ke klinik untuk buat saringan,” katanya menerusi siaran langsung dari kediamannya, semalam.

Selesai menjalani saringan apabila tiba di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA), mereka akan dipakaikan gelang kuarantin dan diberikan tarikh pengawasan, mulai daripada tarikh ketibaan sehingga keputusan makmal diperoleh.