Input your search keywords and press Enter.

Keputusan SPMU 2020 Diumum Isnin Ini

M Update, 14/10/2020 – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) akan dikeluarkan Isnin ini.

Calon akan menerima keputusan masing-masing melalui pos atau mendapatkan slip di Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar. Semakan keputusan SPMU 2020 juga boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888. – KPM

Semua calon perlu menaip SPMUNoKPAngkaGiliran, sebelum menghantar SMS ke talian 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi, 19 Oktober dan tamat pada jam 6 petang, 26 Oktober.

Semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di http://sppat.moe.gov.my/semakan/.