Input your search keywords and press Enter.

SK Taman Desa Skudai Ditutup

Foto Hiasan

M Update, 16/10/2020 – Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Desa Skudai, dekat sini ditutup bermula hari ini sehingga 23 Oktober depan susulan pengesanan satu kes positif COVID-19.

Notis arahan yang dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Johor turut memaklumkan mengenai penutupan sekolah itu dipasang pada pagar utama sekolah berkenaan. Difahamkan, penutupan sekolah dan ujian calitan dilakukan berikutan terdapat seorang murid lelaki Tahun Tiga, disahkan positif COVID-19 dua hari lalu dan kini dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Berlaku kekecohan apabila murid menangis ketika menjalani ujian calitan sebelum seorang daripada mereka cuba melarikan dari petugas kesihatan yang lengkap berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) sehingga terpaksa didukung. Menurut sumber, murid berkenaan yang sudah pun menjalani ujian calitan menangis kerana trauma melihat petugas kesihatan yang berpakaian PPE.

Murid itu adalah seorang daripada 70 kontak rapat yang perlu menjalani ujian calitan hari ini. Murid dan pelajar terbabit dibawa ibu bapa masing-masing untuk menjalani ujian berkenaan. Difahamkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dijadualkan melakukan kerja sanitasi di sekitar sekolah itu pada petang ini.