Input your search keywords and press Enter.

Tiada darurat: Keselamatan Negara Terkawal – KPN

Abdul Hamid Bador (IGP)

M Update, 27/10/2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa keadaan keselamatan dan ketenteraman awam negara adalah terkawal meskipun negara tidak diisytiharkan sebagai darurat.

PDRM tetap dan sentiasa fokus kepada tugasan hakiki iaitu menjaga keselamatan dan ketenteraman awam selain melaksanakan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). – Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador

PDRM sentiasa memantau aktiviti di seluruh negara dan akan segera bertindak ke atas sesiapa sahaja yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan apa jua medium untuk menimbulkan kegusaran dan kekacauan, tiada kompromi.

Arahan dan peringatan terus diberikan kepada petugas PDRM di lapangan untuk meningkatkan penguatkuasaan SOP bagi meringankan beban Kementerian Kesihatan.

Orang ramai bebas melakukan aktiviti harian masing-masing tanpa perlu bimbang tentang keadaan keselamatan (akan) tetapi tertakluk kepada SOP PKPP di kawasan masing-masing.

Selain itu, tiada kompromi terhadap mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab yang didapati menimbulkan kegusaran dan kekacauan selain memberi peringatan bahawa PDRM sentiasa memantau aktiviti di seluruh negara.