Input your search keywords and press Enter.

SOP Deepavali: Tiada Pergerakan Rentas Kawasan PKPB, PKPD Dibenarkan

M Update, 6/11/2020 – Tiada pergerakan rentas mukim, daerah atau negeri dibenarkan bagi mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk tujuan balik kampung bersempena Deepavali. – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Manakala aktiviti sembahyang di rumah ibadat, aktiviti ziarah dan perniagaan adalah tidak dibenarkan dalam kawasan PKPD. Kuil hanya dibuka dari 7 pagi hingga 12 tengah hari dengan upacara disertai tidak lebih 30 orang pada satu-satu masa, bergantung pada keluasan premis.

Sesi sembahyang itu perlu dibahagikan kepada lima sesi (30 minit setiap sesi) dengan diselangi operasi sanitasi selama 30 minit dengan manisan juga perlu diagihkan secara bungkus kepada penganut dan mereka perlu bersurai selepas selesai upacara sembahyang. – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Perkara itu antara yang dipersetujui pada sidang khas semalam yang mendengar pembentangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai prosedur operasi standard (SOP) sambutan Deepavali pada 14 Nov ini. Sidang khas itu juga bersetuju penganut Hindu di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan PKPB dibenarkan mengikuti upacara keagamaan pada hari pertama sambutan dengan SOP yang ketat, katanya.  

Mengenai sambutan di rumah, hanya maksimum 20 orang terdiri daripada keluarga terdekat dibenarkan bagi kediaman bertanah sementara kediaman strata pula tidak boleh melebihi 10 orang bagi keluasan kurang 1,500 kaki persegi (kps) dan maksimum 15 orang untuk premis berkeluasan 2,500 kps.