Input your search keywords and press Enter.

Anggota PGA Maut Ditembak Di Sempadan Malaysia-Thailand

M Update, 24/11/2020 – Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand dekat sini, maut dipercayai akibat ditembak awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 3.10 pagi itu, mangsa, Koperal Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dengan mangsa yang cedera sedang dirawat dan dilaporkan kritikal.

Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji yang dihubungi, mengesahkan kejadian dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Difahamkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam perjalanan ke Perlis bagi melawat mangsa dan meninjau keadaan semasa.

Sumber: BH Online