Input your search keywords and press Enter.

Jenayah Alam Sekitar⁠: Ganjaran RM20,000 Kepada Pemberi Maklumat

M Update, 27/11/2020 – Selangor menawarkan ganjaran berjumlah RM20,000 kepada orang awam yang menyalurkan maklumat mengenai jenayah alam sekitar di negeri itu, sehingga pelakunya dapat dikenakan tindakan undang-undang.

Ganjaran itu adalah bagi memastikan orang awam turut terlibat, dalam membanteras kegiatan jenayah alam sekitar di negeri berkenaan. Maklumat berterusan dan berguna diperlukan, supaya pelaku jenayah alam sekitar dapat diberkas serta didakwa, sehingga disabitkan kesalahan di mahkamah. – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari

Pada 10 Nov lepas, Kementerian Alam Sekitar dan Air, juga menawarkan ganjaran sebanyak RM5,000 kepada mana-mana pihak yang menyalurkan maklumat serta bukti, sehingga tertangkapnya pencemar sumber air mentah di Sungai Selangor, yang menjadi punca gangguan bekalan air.

Kerajaan negeri telah merangka pelbagai strategi jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang, bagi meminimumkan kesan pencemaran sungai terhadap warga Selangor.

Semoga dengan sokongan serta penglibatan orang awam, tanggungjawab bersama untuk memelihara sumber air akan menjadi lebih berkesan, dan diharapkan mampu menggugat kegiatan jenayah tidak beretika itu.