Input your search keywords and press Enter.

Polis Dikecam Tempatkan Pondan Di Penjara Lelaki

M Update, 27/11/2020 – Kumpulan hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki.

Personaliti media sosial, Millen Cyrus, 21, yang mempunyai lebih sejuta pengikut, sebelum itu ditahan bersama-sama dengan seorang rakan lelaki pada hujung minggu, lalu, kerana disyaki memiliki dadah di sini,

Cyrus memberitahu media pada minggu ini bahawa dia berharap supaya dipindahkan dari penjara lelaki. Pihak berkuasa menegaskan bahawa Cyrus diletak di sel bersendirian berdasarkan keterangan jantina pada kad pengenalan diri yang menyatakan dia adalah lelaki.

Dua tahun lalu, polis di Aceh menjadi tajuk utama berita apabila memalukan sejumlah transgender wanita apabila membotakkan kepala mereka dan memaksa kumpulan itu bercakap dengan suara garau.

Status jantina di dalam kad pengenalan suspek, adalah lelaki. Bagaimanapun, mengambil kira faktor lain (pihak berkuasa memutuskan) untuk meletakkannya di dalam sel berasingan dan secara bersendirian. – Jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus.