Input your search keywords and press Enter.

Pendakwah Muda : Polis Terima Enam Lagi Laporan Kesalahan Seksual

M Update, 1/12/2020 – Hangat diperkatakan mengenai seorang pendakwah muda yang ditahan reman minggu lalu bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis, terbaru polis memaklumkan menerima enam lagi laporan seksual.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, setakat ini lima laporan diterima di Shah Alam dan satu di Petaling Jaya.

“Siasatan dijalankan dibawah kesalahan kesalahan seksual 376 Kanun Keseksaan (rogol), 354 kanun Keseksaan (cabul), 377 (c) (seks luar tabii) dan 323 Kanun Keseksaan (mencederakan),” katanya.javascript:false

Difahamkan tempoh reman suspek akan tamat pada hari ini namun disebabkan beberapa laporan polis baru diterima, perintah reman lain akan dipohon bagi membantu siasatan.

Tambah Datuk Fadzil, beliau menyeru kepada mangsa-mangsa lain agar tampil membuat laporan polis sekiranya pernah menjadi mangsa kepada suspek tersebut.

Terdahulu, pendakwah selebriti berkenaan ditahan polis bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis, tahun lalu. Suspek ditahan kira-kira pada 26 November lalu selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.