Input your search keywords and press Enter.

Bayar Zakat Melalui Shopee – MAIPk

MAIPk memperkenalkan platform e-dagang Shopee sebagai satu daripada medium pembayaran zakat bermula Jumaat ini untuk memudahkan pembayar.

M Update, 16/12/2020 – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memperkenalkan platform e-dagang Shopee sebagai satu daripada medium pembayaran zakat bermula Jumaat ini untuk memudahkan pembayar.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari, berkata pemilihan platform e-dagang itu seiring dengan perkembangan terkini berikutan masyarakat semakin memilih transaksi bayaran dan pembelian dalam talian yang lebih mudah dan cepat.

Katanya, pengguna boleh membayar zakat dengan memilih ‘Deals, Top-ups & Bills’ dalam aplikasi Shopee dan seterusnya mengikuti langkah mudah yang disediakan.

“Orang ramai boleh membuat pembayaran di Shopee sama ada menggunakan dompet mudah alih ShopeePay, kad debit, perbankan dalam talian. Selain itu, pembayaran secara tunai juga boleh dilakukan di kaunter 7-Eleven,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Kerjasama bersama Shoppee ini akan memberi kemudahan kepada ramai pengguna beragama Islam untuk melaksanakan ibadah zakat khususnya di Perak dan hasil kutipan zakat ini seterusnya diagihkan dan memanfaatkan golongan asnaf,” katanya.

Tambahnya, bagi merancakkan kempen bayaran zakat, pihak Shopee turut melaksanakan kempen zakat bermula 22 hingga 31 Disember yang menawarkan 200 syiling Shopee kepada 1,000 pembayar terawal yang dipilih setiap hari.