Input your search keywords and press Enter.

PERKESO Terima 37,901 Permohonan ERP

M Update, 16/12/2020 – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerima sejumlah 37,901 permohonan bagi Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) daripada majikan yang mewakili 340,252 pekerja dalam tempoh 16 Mac sehingga  27 Nov lepas.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim berkata daripada jumlah permohonan itu, kerajaan telah membelanjakan RM211.33 juta bagi membantu majikan dan pekerja menerusi program ERP. 

‘’Kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membantu mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 termasuk pekerja, seperti proram ERP yang diumumkan kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi.

‘’Menerusi program ini, majikan dan pekerja yang terjejas pendapatan akibat wabak itu telah mendapat manfaatnya,’’ katanya ketika menjawab soalan Senator Sabani Mat yang meminta kementerian itu menyatakan usaha yang dicapai hasil pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Dalam tempoh yang sama, Awang berkata Perkeso menerima 77,882 permohonan daripada majikan yang mewakili 782,904 pekerja bagi Program Subsidi Upah (PSU).

Katanya, kerajaan telah membelanjakan RM239.35 juta bagi manfaat pekerja menerusi PSU.

ERP dan Perkeso diperkenalkan kerajaan dalam Pakej Ransangan Ekonomi pada 16 Mac lepas bagi membantu majikan dan pekerja yang terjejas akibat pendemik COVID-19.