Input your search keywords and press Enter.

Banjir : Mangsa Banjir Di Johor Semakin Menurun

M Update, 05/01/2021 – Mangsa banjir di negeri ini menurun 5,485 orang daripada 1,408 keluarga di 53 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah, setakat jam 8 pagi ini berbanding 5,524 orang daripada 1,442 keluarga, malam tadi.

Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata Kota Tinggi dan Kluang kekal sebagai dua daerah paling terjejas dengan 4,657 mangsa ditempatkan di 35 PPS.

Katanya, walaupun mangsa banjir di Johor menurun namun di Kota Tinggi, angkanya kekal 2,707 orang daripada 682 keluarga.

“Mangsa banjir Kluang pula menurun kepada 1,950 orang daripada 503 keluarga berbanding seramai 2,056 orang daripada 556 keluarga, malam tadi.

“Mangsa banjir Johor Bahru pula kekal 72 mangsa daripada 24 keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, Mersing turut mencatatkan peningkatan mangsa banjir iaitu 506 daripada 131 keluarga yang ditempatkan di enam PPS berbanding hanya 461 membabitkan 118 keluarga, malam tadi.

Mengulas lanjut, Vidyananthan berkata, banjir di Johor yang masuk hari kelima setakat ini menjejaskan beberapa jalan utama di tiga daerah sehingga perlu ditutup iaitu Jalan Kota Tinggi-Mersing, Jalan Kota Tinggi-Kluang, Jalan Lok Heng/Mawai/Sungai Mas di Kota Tinggi.