Input your search keywords and press Enter.

COVID-19 : Kerajaan Bincang Pemvaksinan Percuma Pekerja Asing & Ekspatriat

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaludin.

M Update, 05/01/2021 – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan membincangkan sama ada pekerja asing dan ekspatriat diberikan pemvaksinan percuma untuk mengekang penularan COVID-19 dengan berkesan.

Pengerusi bersama JKAV Khairy Jamaludin berkata kabinet telah mengarahkan jawatankuasa itu mengemukakan syor berkenaan perkara itu dalam beberapa minggu.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata perbincangan itu akan melibatkan Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Luar.

“Prinsipnya mudah, kita perlu memvaksin pekerja asing bagi memastikan mereka selamat untuk memastikan  kita juga selamat.

Lebih ramai orang yang divaksin, lebih selamatlah kita, katalah kita hanya memvaksin rakyat kita tapi kita tak memvaksin warga asing, ia tidak banyak membantu kerana kita tidak akan mencapai keimunan kelompok,” kata beliau dalam satu sidang media di sini hari ini. 

Khairy berkata langkah sedemikian penting untuk menggalakkan majikan memastikan pekerja mereka divaksin sementara mencapai matlamat pemvaksinan seramai yang mereka mampu.