Input your search keywords and press Enter.

JBPM Selangor Selamatkan PATI Terperangkap Dalam Lumpur

Empat PATI termasuk tiga kanak-kanak diselamatkan pasukan JBPM Selangor selepas terperangkap dalam lumpur di belakang Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Serdang, Kapar, awal pagi tadi. 

M Update, 06/01/2021 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menyelamatkan empat individu, termasuk tiga kanak-kanak yang terperangkap dalam lumpur di Kampung Sungai Serdang, awal pagi tadi.

Seorang wanita serta tiga kanak-kanak perempuan berkenaan dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) dan baru mendarat, sekitar jam 4 pagi tadi.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.33 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota mengeluarkan mangsa dengan memasang dua tali menyelamat dan bergerak ke arah mangsa dengan menggunakan bot kecil.

“Tindakan menyelamatkan semua mangsa dilakukan secara ulang alik sebelum air pasang,” katanya dalam kenyataan hari ini. The how to read slot machine pay tables Best Online Casino By far, we know that online roulette is the most played online casino game.

Beliau berkata, empat PATI berkenaan dipercayai bangsa Rohingya berusia lima hingga 30 tahun.

Katanya, operasi menyelamat selesai pada jam 7.10 pagi dan mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Norazam berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat hampir 40 PATI ditahan ketika cuba memasuki negara ini tetapi empat daripadanya terperangkap dalam lumpur.