Input your search keywords and press Enter.

Tanah Runtuh, Jalan Kenyir-Felda Aring Ditutup

Jalan Kenyir-Felda Aring ditutup kepada semua kenderaan berikutan tanah runtuh.

M Update, 06/01/2021 – Tanah runtuh sepanjang 100 meter menyebabkan Jalan Kenyir-Felda Aring, di sini ditutup kepada semua kenderaan sejak tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata hujan lebat sejak semalam selain aliran air yang deras menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh.

Beliau berkata, jalan berkenaan terpaksa ditutup kepada semua kenderaan jam 12.15 tengah hari tadi.

“Orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif iaitu jalan Kuala Krai, Kelantan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Pemasangan tanda amaran bagi makluman tanah runtuh sudah dilaksanakan pihak konsesi,” katanya.