Warning: filesize(): stat failed for /home/mupdatec/public_html/wp-content/cache/db/options/b15/c50/b15c50aaedc6b3eb8c860da8cdb11b88.php in /home/mupdatec/public_html/wp-content/plugins/w3-total-cache/Cache_File.php on line 157
Banjir : Penyeludup Ambil Kesempatan Redah Sungai Golok - M-Update

Input your search keywords and press Enter.

Banjir : Penyeludup Ambil Kesempatan Redah Sungai Golok

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar

M Update, 08/01/2021 – Keadaan paras air yang meningkat akibat banjir yang berlaku di Kelantan diambil kesempatan oleh penyeludup untuk melintasi sempadan Sungai Golok, Thailand-Kelantan bagi menjalankan aktiviti haram mereka.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar yang mendedahkan perkara itu berkata keadaan itu menyebabkan semakin banyak laluan air yang boleh dilalui oleh penyeludup.

“Ini memberi peluang kepada (penyeludup) menyeberang masuk menggunakan bot galah ke kawasan yang lebih luas daripada kawasan rondaan Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Lebih memburukkan keadaan apabila tujuh pos kawalan PGA di tepi sungai berkenaan turut ditenggelami air dan PGA terpaksa membuat rondaan di kawasan lain menggunakan bot,” katanya kepada Bernama sempena lawatan kerja beliau di Kem Galing, PGA Briged Tenggara dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, di sini.

Berikutan itu, katanya PGA mengambil langkah proaktif dan menukar strategi dengan memindahkan anggota PGA ke kawasan yang sesuai untuk rondaan bagi mengesan jalan-jalan tikus yang baharu.

Selain itu, Abd Rahim memaklumkan akan membina subtek (pusat operasi) bagi memantau dan mempertingkatkan rondaan di kawasan sempadan yang terjejas akibat banjir.

“Jabatan KDNKA turut dibekalkan sebanyak 150 kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger pada Disember tahun lepas untuk PGA melaksanakan rondaan mengesan jalan tikus dan operasi benteng,” katanya.