Input your search keywords and press Enter.

Lorong Kecemasan & Laluan Kiri Antara Bidor & Tapah Ditutup 5 Hari Mulai Isnin – PLUS

M Update, 15/01/2021 – Lorong kecemasan dan kiri antara Bidor dan Tapah, Perak di KM330.05 dan KM328.95 (arah utara) Lebuhraya Utara-Selatan akan untuk semua kenderaan selama lima hari bermula 9 pagi pada 18 Jan (Isnin) hingga 12.30 tengah hari, 22 Jan (Jumaat).

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penutupan sementara itu bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan turapan dijalankan dengan lancar.

Bagaimanapun, lorong kanan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

“Oleh itu, semua pengguna  lebuh raya yang menuju ke utara dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan. Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

Pelanggan lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau bantuan apabila berlaku kecemasan.

PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pengguna lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut. Dengan semangat #KitaJagaKita, kerjasama tersebut berupaya menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua pelanggan.