Input your search keywords and press Enter.

PKP 2.0 : Jangan Buat Pembelian Panik, Jaga SOP – Ketua Polis Perlis

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad.

M Update, 21/01/2021 – Orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan pembelian panik dengan menyerbu pasar raya bagi mengelak risiko penularan wabak COVID-19 berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini bermula tengah malam ini.

Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata pembelian panik tidak sepatutnya timbul kerana barangan keperluan sentiasa mencukupi dan pasar raya dibuka sehingga pukul 8.00 malam sepanjang PKP.

“Saya lihat orang ramai mula menyerbu pasar raya, diharap mereka bersabar dan tidak membuat pembelian panik memandangkan bahawa semua kedai runcit dan pasaraya dibuka sepanjang PKP, ” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sehingga semalam 52 kompaun telah dikeluarkan oleh polis di kawasan tumpuan orang ramai, pasar raya dan kawasan peranginan atas pelbagai kesalahan antaranya tidak memakai pelitup separuh muka,  penjarakkan fizikal dan berkumpul.

Mengulas mengenai Sekatan Jalan Raya (SJR) sempena PKP yang akan bermula malam ini, Surina berkata sebanyak 11 SJR dilakukan iaitu  iaitu empat SJR sempadan negeri dan tiga SJR Op Benteng sempadan negara.

“Sebanyak empat SJR sempadan daerah akan dibuka menjelang tengah malam ini iaitu di jalan keluar masuk sempadan daerah Arau-Padang Besar dan sempadan keluar masuk Kangar-Arau. Saya ingatkan agar orang ramai mematuhi  Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang PKP, dan hanya dua orang dibenarkan menaiki satu kereta,” katanya.