Input your search keywords and press Enter.

Pesawat Malaysia Airlines Dihiasi Jalur Gemilang Terbangkan Vaksin COVID-19

M Update, 19/2/2021 – Pesawat penumpang Airbus A330-300 milik Malaysia Airlines yang dihiasi Jalur Gemilang bakal menempa sejarah apabila ditugaskan untuk menerbangkan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech untuk keperluan Malaysia pada Ahad ini.

Pesawat berkenaan akan membawa 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech untuk penghantaran pertama ke Malaysia menjelang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Februari ini.

Ketua Pegawai Operasi MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) Mohd Zulkefly Ujang berkata pemilihan pesawat yang mempunyai livery Jalur Gemilang adalah simbolik yang melambangkan vaksin tersebut adalah untuk rakyat Malaysia.

“Kita ada banyak pesawat dengan livery tertentu seperti Harimau Malaya, jadi pemilihan pesawat ini sudah tentunya kerana ada Jalur Gemilang untuk tunjukkan yang ini adalah untuk rakyat Malaysia ,” katanya kepada Bernama.

MASkargo adalah cabang kargo Malaysia Airlines Bhd. MASkargo diberi tanggungjawab menyelaras proses penerimaan vaksin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mohd Zulkefly berkata, tiada pengubahsuaian perlu dilakukan terhadap pesawat penumpang tersebut bagi membawa vaksin berkenaan kerana hanya bahagian kargo pesawat akan digunakan bagi tujuan tersebut.

Katanya, sejak pandemik COVID-19 melanda, banyak pesawat penumpang digunakan untuk perkhidmatan kargo bagi memastikan hubungan perdagangan dengan negara luar dapat dilaksanakan.

“Ketika pandemik penumpang tiada. Oleh itu, kita laksanakan alternatif digelar P2C iaitu penumpang kepada kargo yang mana pesawat penumpang membawa peralatan seperti test-kit COVID-19, kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan pelitup muka,” katanya.

Mengenai persiapan di lokasi ketibaan vaksin, Mohd Zulkefly berkata persiapan rapi sedang dijalankan di Advanced Cargo Centre (ACC), KLIA bagi memastikan proses penerimaan berjalan lancar.

“Kita akan pastikan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang COVID-19 seperti penjarakan fizikal dipatuhi oleh semua yang hadir,” katanya. Bernama

At present, online reviews, forums, websites and health blogs practically speak highly of the diet pills. viagra price There are a few positive reasons why numerous individuals should take African Mango Extract:.