Input your search keywords and press Enter.

Kerajaan Bakal Perkenalkan MY Device

M Update, 19/2/2021 – Kerajaan bakal memperkenalkan MY Device untuk memastikan semua murid dan pelajar di Malaysia mendapat akses kepada peranti digital bagi melancarkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) menjelang 2025.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, inisiatif itu diperkenalkan selepas kerajaan menyedari kesukaran dialami murid dan pelajar serta ibu bapa dalam menghadapi pembelajaran dalam talian.

“Inisiatif ini akan dilaksanakan melalui kerjasama antara kerajaan, swasta dan rakyat.

“Data percuma akan diberikan kepada pelajar dari kumpulan yang mudah terjejas,” katanya pada Majlis Pelancaran MyDigital dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri secara maya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Beliau berkata, tumpuan di bawah pelan ini juga akan diberikan untuk mewujudkan perniagaan celik digital serta berjaya mengendalikan perkhidmatan dari peringkat awal ke akhir dan memacu inovasi yang berupaya mengubah industri.

“Perniagaan akan dapat memanfaatkan pasaran yang lebih meluas melalui pendigitalan selain meningkatkan daya saing.

“Dalam sektor kerajaan, kita amat komited untuk melaksanakan pendigitalan dengan meningkatkan lebih banyak perkhidmatan dari peringkat awal sehingga ke akhir,” katanya.

Katanya, perkhidmatan ini akan membolehkan rakyat berurusan dengan pejabat kerajaan tanpa perlu hadir secara fizikal, misalnya perkhidmatan di kaunter untuk pembayaran bil utiliti, cukai jalan dan sebagainya.

“Penambahbaikan ini bukan hanya memudahkan rakyat berurusan dengan agensi kerajaan tetapi dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam serta ketelusan dan integriti penjawat awam,” katanya.

Menurutnya, semua usaha terbabit bertepatan dengan sasaran Malaysia menjadi negara peneraju serantau dalam ekonomi digital menjelang 2030.

Mifepristone RU Mifepristone is a medicine developed in France in It is mainly used to induce first and second trimester abortion, but it can also be used as an emergency contraceptive. viagra online malaysia It is a highly effective EC, although the availability of the drug is severely restricted in Australia and it is not available for use as an EC.