Input your search keywords and press Enter.

Kanak-Kanak Pesakit Leukimia Mahu Jadi Polis Meninggal Dunia

Foto : IPD Seberang Perai Utara

M Update, 22/2/2021 – Kanak-kanak lelaki yang menghidap leukimia, Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan, 7, yang sebelum ini mencapai impiannya untuk menaiki kereta peronda polis (MPV), meninggal dunia semalam.

Foto : IPD Seberang Perai Utara

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata beliau dimaklumkan Mohammad Ammar Dhani meninggal dunia kira-kira jam 6 petang di rumah keluarganya di Bakar Kapor, Penaga di sini.

Foto : IPD Seberang Perai Utara

“Jenazah kanak-kanak yang menghidap kanser tahap empat itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Bakar Kapor, Penaga, kira-kira jam 10 pagi ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 22 Januari lalu, impian Mohamad Ammar Dhani untuk menaiki MPV menjadi kenyataan apabila dibawa meronda di sekitar kawasan berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah SPU sambil diiringi Noorzainy.

Foto : IPD Seberang Perai Utara

Kanak-kanak itu yang menghidap kanser darah sejak berusia dua tahun dan bercita-cita menjadi anggota polis dibawa bersiar-siar selama 10 minit sejauh kira-kira dua kilometer dengan MPV jenis Honda Civic. – BERNAMA