Input your search keywords and press Enter.

Menghasut Tolak Pengambilan Vaksin, Satu Kesalahan

M Update, 03/03/2021 – Perbuatan menghasut orang ramai supaya menolak daripada mengambil vaksin COVID-19 adalah satu kesalahan berdasarkan Ordinan Darurat.

“Semalam, saya difahamkan polis sudah membuat kenyataan. Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara sudah membuat kenyataan bahawa ia satu kesalahan yang boleh diambil tindakan.

“Jadi, melalui Ordinan Darurat yang dipinda, tindakan segera boleh diambil terhadap mereka,” katanya.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu boleh dianggap sebagai mendatangkan khianat awam dengan niat menakutkan orang ramai.