Input your search keywords and press Enter.

Vaksin COVID-19: 1.74 Juta Rakyat Sudah Mendaftar

M Update, 03/03/2021 – Seramai 1,741,364 individu sudah mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di aplikasi MySejahtera setakat jam 8 pagi ini.

Jumlah terkini itu dimaklumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter berdasarkan maklumat rasmi daripada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Berdasarkan data sama yang dikongsi itu, setakat semalam 53,287 individu membabitkan majoriti adalah petugas barisan hadapan sudah menerima vaksin bagi fasa pertama yang bermula 24 Februari lalu.

Daripada jumlah itu, Sarawak merekodkan penerima tertinggi dengan 9,737 individu, diikuti Perak (5,714), Pahang (5,696), Kuala Lumpur (5,601), Kelantan (4,593), Johor (4,430), Kedah (3,017) serta Terengganu, 2,438 individu.

Selangor pula merekodkan 2,047 individu menerima suntikan, sementara Negeri Sembilan (1,905), Pulau Pinang (1,821), Melaka (1,601), Sabah (1,317), Labuan (1,285), Perlis (1,057) dan Putrajaya, 1,028 individu. – BH Online