Input your search keywords and press Enter.

LIMA’21 Tetap Tidak Diadakan Pada Tahun Ini – Ismail Sabri

M Update, 05/03/2021 – Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2021 (LIMA’21) tetap tidak akan diadakan pada tahun ini walaupun ada permintaan untuk ia dilaksanakan secara maya, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pihaknya banyak menerima cadangan untuk melaksanakan penganjuran LIMA’21 yang sebelum ini telah dibatalkan berikutan penularan wabak COVID-19 termasuklah untuk diadakan secara maya dan LIMA seterusnya akan diadakan pada 2023.

Keputusan untuk mengadakan pameran LIMA pada tahun 2023 masih lagi dikekalkan dan tiada perubahan setakat ini. Selain itu, ramai orang menganggap bahawa tahun 2023 itu, (pemberian) vaksin COVID-19 di seluruh dunia telah selesai. Kita pun berkemungkinan semua telah dapat vaksin waktu itu (2023) maka peluang membuka (penyertaan LIMA) itu lebih besar untuk dilaksanakan,” katanya.


Ismail Sabri berpendapat sekiranya vaksin COVID-19 sudah diterima pada tahun 2023 maka tiada masalah untuk mengadakan pameran itu secara fizikal. Pameran LIMA’ 21 sepatutnya diadakan pada 16 hingga 20 Mac tahun ini.

Ia terpaksa dibatalkan berikutan COVID-19 yang melanda dunia ketika ini telah memberikan impak besar bukan sahaja kepada Malaysia tetapi juga di seluruh dunia, dan wabak ini dilihat masih belum dapat ditangani sepenuhnya. – Bernama