Input your search keywords and press Enter.

KKM Terus Pantau Kes Sepanjang PKPP – Noor Hisham

M Update, 11/6/2020 – Pemantauan sepanjang tempoh 83 hari bermula hari ini hingga 31 Ogos akan terus dilakukan bagi melihat bagaimana sempadan negara dapat dilonggarkan dengan memberi peluang perjalanan antara negara yang berstatus hijau termasuk di rantau ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata fasa pemulihan yang bermula semalam akan menyaksikan banyak sektor dibuka semula. Beliau berkata, pihaknya akan terus mengawasi keadaan semasa dan jika situasi boleh kembali seperti biasa, tanpa peningkatan mendadak kes positif, ia adalah keseimbangan yang dinantikan.

“Bagaimanapun, kita perlu meningkatkan pengawasan di hospital dan dalam komuniti bagi memastikan tiada peningkatan kes secara mendadak walaupun kita sudah membuka sektor ekonomi, sosial dan pendidikan.

“Kita memperkasakan masyarakat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Kita sudah tunjukkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, tanggungjawab itu terletak pada masyarakat.

“Jika mereka mematuhi dan mengamalkan penjarakan sosial yang tinggi, sudah pasti kita mampu mengurangkan kes jangkitan. Hari ini kita sudah melihat hasilnya, bukan saja usaha Kementerian Kesihatan, malah oleh orang awam juga,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, semalam. – BH Online

Leave a Reply