Input your search keywords and press Enter.

COVID-19: 7 Daerah Sabah Dalam Zon Merah

M Update, 11/03/2021 – Daerah dalam zon merah COVID-19 di Sabah semakin berkurangan dengan hanya tujuh daripada 27 daerah di Sabah masih dalam Zon Merah COVID-19, termasuk Keningau yang mencatatkan angka jangkitan baharu tertinggi membabitkan 18 kes, semalam.

Daerah lain ialah Tawau dengan lapan kes baharu, Kota Kinabalu (lima), Kalabakan (lima), Sandakan (dua), Kota Marudu (dua) dan Nabawan (sifar).

Sembilan daerah pula dalam Zon Jingga, iaitu Kudat, Papar, Beluran, Kota Belud, Penampang, Putatan, Kunak dan Kinabatangan. Selain itu, Lahad Datu bertukar daripada Zon Merah kepada Zon Jingga, hari ini (semalam). Zon Kuning meliputi 10 daerah, manakala Tongod kekal dalam Zon Hijau.

Sabah secara keseluruhan terus melaporkan angka jangkitan baharu COVID-19 yang rendah membabitkan 54 kes, semalam, dengan satu kematian direkodkan di Sipitang. Jangkitan baharu itu meliputi 39 kes (72.2 peratus) dikesan melalui saringan kontak rapat, kes bergejala (enam) dan saringan kluster sedia ada (satu). Seterusnya, 57 pesakit sembuh, manakala 585 orang masih menerima rawatan meliputi 210 di hospital serta 375 lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).

Ia mewakili penggunaan 11.7 peratus daripada 5,001 unit katil disediakan untuk pesakit COVID-19 di seluruh Sabah ketika ini. Berkenaan suntikan vaksin pula 2,501 orang telah menerima dos pertama vaksin, semalam, menjadikan jumlah kumulatifnya di Sabah mencecah 16,566 orang, setakat ini. – Datuk Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri