Input your search keywords and press Enter.

Akhirnya Neelofa Mohon Maaf…

M update, 09/04/2021 – Selebriti terkenal, Neelofa akhirnya memohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti berhubung isu pelanggaran prosedur operasi standrad (SOP) sepanjang lawatan kerja di pulau Langkawi, Kedah minggu lalu.

Neelofa atau nama sbeenarnya Noor Neelofa Mohd Noor membuat permohonan maaf tersebut menerusi sebuah rakaman video yang dihantar kepada media hari ini.

Bekas pengacara MeleTOP itu juga menyedari, dia dan suaminya Haris Ismail sepatut menunjukkan teladan yang baik sebaliknya telah terlepas pandang dalam banyak perkara.

“Saya serendah dan seikhlas hati memohon maaf dengan segala kesalahan berhubung SOP tidak kiralah dalam pengetahuan ataupun tidak. “Saya serta suami mengakui dan menerima dengan hati terbuka untuk segala keputusan serta tindakan pihak berkuasa.

“Sekali lagi saya memohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti tentang hal ini, ada banyak perkara terlepas pandang dan sepatutnya memberi contoh lebih baik mengenai hal itu,” katanya dalam video tersebut.

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan bahawa keluarga kedua-dua pihak termasuk keluarga Haris telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung isu pelanggaran SOP majlis perkahwinan pada 27 Mac lalu.

Hari ini semua urusan telah selesai, kedua-dua belah keluarga, saya dan Haris telah hadir ke IPD Dang Wangi untuk beri keterangan bagi membantu siasatan pihak berkuasa. Saya dan Haris pergi pada awal minggu ini, keluarga suami pada beberapa hari lalu manakala keluarga saya hari ini. Alhamdulillah semua urusan selesai.” tuturnya. – K! ONLINE