Input your search keywords and press Enter.

‘Boleh Rentas Negeri Untuk Janji Temu Vaksin COVID-19’

M Update, 16/04/2021 – Berkuat kuasa serta-merta, kerajaan memberi kebenaran merentas negeri kepada mereka yang ingin membawa ahli keluarga atau tanggungan bagi tujuan janji temu penerimaan vaksin COVID-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada mesyuarat kelmarin, sudah membuat keputusan untuk memberi kebenaran kepada mereka yang terbabit.

“Semalam, MKN bersetuju kebenaran merentas negeri diberikan kepada mereka yang ingin membawa tanggungan ke janji temu bagi penerimaan vaksin. Sebagai contoh, ada anak di Kuala Lumpur ingin membawa ibu bapa atau ahli keluarga warga emas ke Negeri Sembilan bagi janji temu vaksin dan ini dibenarkan.

Kita bagi kelonggaran kepada waris atau ahli keluarga yang ingin balik ke kampung asal untuk janji temu penerimaan vaksin itu. Mereka hanya perlu menunjukkan surat janji temu itu kepada pihak berkuasa di sempadan negeri,” katanya kepada media semalam. – BH Online