M Update, 19/04/2021 – Polis Lahad Datu memburu dua pasangan adik beradik warga Filipina dikenali DARWIN dan DARIN yang didakwa suspek utama pembunuhan seorang pengawal keselamatan di sebuah ladang Ulu Segama, Lahad Datu, jam 6.55 pagi, semalam.
Mangsa, 29, yang juga rakan senegara suspek, maut dengan kesan kecederaan parah termasuk kedua-dua lengan dan tapak kaki kanan yang hampir putus.
Terdahulu, terjadi perbalahan antara mangsa dan suspek, yang mana suspek dikatakan sering mempersendakan mangsa. Polis telah menahan empat lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan dan kini sedang memburu pasangan adik beradik berkenaan.- OCPD Lahad Datu ACP Dr Rohan Shah Ahmad.