Input your search keywords and press Enter.

Video Iklan Judi Raya: Pengarah Antara 5 Lagi Ditahan

M Update, 19/04/2021 – Lima lagi individu, antaranya pengarah, penyanyi dan komposer yang terbabit dalam dua iklan lagu raya mempromosi aktiviti perjudian ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, lima suspek termasuk suspek utama itu dipercayai mendapat arahan daripada sindiket perjudian atas talian untuk menerbitkan video terbabit.

“Tangkapan keseluruhan setakat ini seramai 18 orang dan mereka yang baru ditahan itu akan direman hari ini. Siasatan masih diteruskan bagi menjejaki sindiket judi atas talian terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan tular video iklan lagu raya yang mempromosikan kegiatan judi tular di media sosial.

Video kedua tular selepas video pertama yang juga menggunakan modus operandi yang sama bagi menarik pelanggan dalam kalangan umat Islam. Rakaman video lagu raya berkenaan memaparkan aksi lakonan serta nyanyian oleh seorang lelaki dan seorang wanita yang mempromosikan satu permainan judi. – HM Online