Input your search keywords and press Enter.

Status PKP Syawal Diumum Hari Ini

M Update, 27/04/2021 – Status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempena perayaan Aidilfitri akan diumumkan hari ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi esoklah,” katanya ketika ditanya mengenai status PKP berkenaan termasuk kebenaran rentas negeri dan daerah sewaktu perayaan hari raya Aidilfitri.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut semalam.

Sebelum ini, enam negeri kekal dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama dua minggu mulai 15 hingga 28 April ini membabitkan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.

Sepuluh negeri lagi kekal dengan pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP), juga untuk tempoh yang sama dengan enam negeri PKPB, yang berakhir 28 April 2021. – BH Online