Input your search keywords and press Enter.

AstraZeneca Hanya Ditawarkan Secara Sukarela Di PPV khas

M Update, 28/04/2021 – Kerajaan memutuskan vaksin jenis AstraZeneca akan ditawarkan kepada orang ramai secara sukarela dan diagihkan menerusi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas dalam masa terdekat.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kegusaran orang ramai terhadap vaksin berkenaan.

Beliau berkata, buat permulaan, agihan 268,600 dos AstraZeneca itu bagaimanapun tidak termasuk dalam PICK yang dilaksanakan kerajaan buat masa ini.

“Vaksin itu akan diagihkan berdasarkan konsep ‘first come, first serve’.

“Kita juga akan membuka satu sistem tempahan khas kepada orang ramai untuk membuat tempahan janji temu bagi mendapatkan vaksin itu,” katanya pada sidang akhbar perkembangan PICK di sini tadi.

Katanya, agihan vaksin AstraZeneca itu tidak dihadkan kepada golongan dalam fasa dua PICK tetapi ia dibuka kepada sesiapa sahaja.

Khairy Jamaluddin berkata, buat permulaan, PPV khas bagi agihan vaksin itu akan dibuka di Selangor dan Kuala Lumpur selepas mengambil kira peningkatan kes di dua kawasan berkenaan. Bagaimanapun, katanya, mereka yang berdaftar bagi mendapatkan vaksin itu perlu menjalani proses saringan kesihatan terlebih dahulu sebelum layak menerima suntikan. – Kosmo Online