Input your search keywords and press Enter.

Usah Risau Demam, Sakit Badan Selepas Suntikan AstraZeneca

M Update, 06/05/2021 – Sakit badan dan demam bagi penerima vaksin AstraZeneca akan hilang dalam tempoh 24 jam, kata pakar perubatan keluarga, Dr Tan Sing Yee.

“Jangan risau jika anda sakit-sakit badan, demam atau sakit di tempat suntikan kerana ia akan hilang dalam tempoh 24 jam. Jika alami sakit yang kuat, tidak reda dengan ubat, rasa loya serta muntah, mata kabur, sesak nafas atau sakit dada segera hubungi doktor,” katanya dalam satu video.

Berkongsi maklumat di laman Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), Dr Sing Yee, berkata beberapa simptom biasa akan dialami penerima vaksin selepas suntikan dilakukan. – BH Online