Input your search keywords and press Enter.

PKP 3.0: Tiada Moratorium Menyeluruh Automatik

M Update, 11/05/2021 – Moratorium menyeluruh secara automatik tidak akan dilaksanakan semula meskipun kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara bermula esok.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, bagi membantu peminjam, bank akan terus menawarkan bantuan bayaran balik kepada pelanggan yang memerlukan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan terkini itu.

“Dengan bank sudah tersedia dengan bantuan pembayaran balik termasuk moratorium bersasar yang ditawarkan kepada pelanggan yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan terjejas.

“Peminjam boleh menghubungi pelbagai saluran lain yang telah diwujudkan termasuk Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan BNM Telelink untuk menawarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2021 secara maya, hari ini. – HM Online