Input your search keywords and press Enter.

COVID-19 : Tiga Kematian Kanak-Kanak Dalam 5 Bulan Pertama 2021

M Update, 04/06/2021 – Tiga kematian Covid-19 direkodkan melibatkan kanak-kanak bawah usia lima tahun dalam tempoh lebih singkat iaitu lima bulan pertama tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan data kes kematian melibatkan golongan tersebut, sebanyak tiga kes kematian Covid-19 dilaporkan sepanjang tahun lepas.

Menurutnya, selain itu, kes kanak-kanak yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga menunjukkan peningkatan ketara. Pada tahun lepas, jumlah keseluruhan kes pediatrik yang menerima rawatan di ICU adalah sebanyak lapan kes iaitu enam daripadanya berumur bawah lima tahun.

“Bagi tahun ini sehingga Mei, sebanyak 27 kes memerlukan rawatan di ICU dan 19 kes daripadanya adalah kanak-kanak berumur bawah lima tahun,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Ibu bapa memainkan peranan penting bagi melindungi mereka yang mempunyai imuniti rendah khususnya bayi dan kanak-kanak.