Input your search keywords and press Enter.

Pelan Pemulihan Negara: Marilah Kita Bantu Negara Untuk Pulihkan Malaysia

Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita bakal dilaksanakan dari bulan Jun hingga Disember tahun ini. Ia mengetengahkan tiga indikator dan nilai ambang, iaitu angka kes harian, keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) dan populasi lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19. Pelan ini terbahagi kepada 4 fasa dan tempoh sekarang amatlah kritikal bagi negara kita untuk melalui fasa-fasa pemulihan ini. Jika kita tanya apa yang Malaysia perlukan sekarang? Sudah tentulah kerjasama dari rakyat! Kita sepatutnya mengetepikan fahaman politik supaya kerajaan dapat menjalankan tugas dengan lebih efektif.

Dan rasanya pendapat ini bukannya pendapat penulis seorang kerana ada yang lebih pakar yang turut sama senada menyatakan bahawa kerjasama rakyat Malaysia amatlah penting dan sangat diperlukan terutamanya dari segi mematuhi segala peraturan dan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan juga melengkapkan dos vaksin seperti yang telah dianjurkan. Ya kita faham ramai yang sudah mengeluh kerana penat berada di rumah namun fikirkanlah tentang hikmah kita bekerja dan belajar dari rumah ini. Anak-anak dan bini semua ada di depan mata kita, tak timbul perasaan risau tentang keselamatan keluarga sebab semuanya 24 jam ada di rumah. Perihal vaksin pula, kita sangat-sangat mengharapkan rakyat dapatlah lengkapkan 2 dos seperti yang disuruh. Kalau tak silap buat masa sekarang sudah lebih 1 juta rakyat yang sudah divaksin dengan dua dos dengan purata pemberian vaksin yang sudah meningkat kepada lebih 200 ribu suntikan setiap hari. Sudahlah vaksin diberi secara percuma, apa lagi yang kita nak bising-bising lagi kan?

Pelan Pemulihan Negara ini juga membuktikan bahawa kerajaan tidaklah meninggalkan rakyat terkapai-kapai tanpa support system yang sepatutnya. Kita dapat lihat yang kerajaan sentiasa memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat dan mereka sentiasa bekerja untuk memastikan negara dapat bebas dari pandemik terburuk di abad ini. Yang kita perlukan sekarang adalah penyatuan semua pihak tanpa mengira fahaman untuk pulihkan Malaysia semula dari ancaman Covid-19. Kalau kita sakit, nak pulih cepat kena makan ubat kan? Jadi negara kita juga perlukan ubat untuk pulih dan sudah tentu ubat untuk negara kita adalah rakyat bersatu untuk membantu kerajaan.

Kita tidak dapat menafikan ada negara yang sudah hampir pulih dari pandemik ini. Di China contohnya, baru-baru ini seramai lebih kurang 11,000 graduan telah hadir berkumpul untuk upacara konvokesyen mereka! Di Amerika Syarikat pula, jika anda telah mendapat dos vaksin yang lengkap, anda dibenarkan untuk tidak memakai pelitup muka jika keluar rumah dan tempat-tempat awam. Kalau dulu semua benda ini kita take for granted, tapi sekarang aktiviti-aktiviti sosial sebeginilah yang kita rindukan kan? Tapi kalau kita asyik complain dan ingkar pada SOP yang ditetapkan, jangan haraplah kehidupan di Malaysia akan normal seperti dahulu kala.

Jika kita mahukan semula kehidupan seperti sebelum Covid-19 dahulu, kita seharusnya membantu kerajaan untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara ini. Dan bukan susah pun nak mancapai misi ini. Pastikan diri kita lengkap divaksinasi, patuh pada SOP dan kekal duduk di rumah untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 ini. Tak jeles ke kita dengan negara lain yang sudah semakin pulih dan kembali kepada zaman sebelum pandemik ini. Dah boleh bersosial, tak perlu pakai pelitup muka, kedai, pejabat dan sekolah dibuka, pendek kata semua dah back to normal. Tak sabar? Percayalah, kita mampu mengubahnya.

**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update