Input your search keywords and press Enter.

PM Bakal Umum Berita Gembira Harga Baru Minyak Masak

M Update, 24/06/2021 – Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan berita gembira mengenai harga minyak masak tidak bersubsidi di pasaran dalam masa terdekat.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata Perdana Menteri dijangka membuat pengumuman itu selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam.

Agenda mesyuarat adalah berkaitan syor kementerian dalam usaha menstabilkan harga minyak masak tidak bersubsidi di pasaran yang menjadi keresahan rakyat. Sehubungan itu, Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan berita gembira kepada rakyat dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi kementerian semalam.

Minggu lalu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid dilapor berkata, kerajaan dijangka mengumumkan harga baharu minyak masak susulan perbincangan bersama KPPK dan Kementerian Kewangan.

Ia susulan rungutan orang ramai berhubung kenaikan harga barangan berkenaan yang sebelum ini dilaporkan mencecah hingga RM30 bagi minyak masak seberat lima kilogram. – BH Online