Input your search keywords and press Enter.

Agong Zahir Pandangan Parlimen Perlu Bersidang Segera

Foto : Ihsan Istana Negara

M Update, 29/06/2021 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa sidang Parlimen perlu dilaksanakan secepat yang mungkin.

Perkara itu dizahirkan susulan sesi menerima menghadap Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, pandangan Al-Sultan Abdullah itu bagi menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab.

“Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan bahawa semua Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Parlimen Ke-14 hendaklah meneruskan sesi mesyuaratnya untuk pelaksanaan mekanisme semak dan imbang khususnya menangani isu-isu dasar awam dan kemasyarakatan serta hal ehwal kewangan dan perbelanlanjaan negara,”katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.