Input your search keywords and press Enter.

‘Peniaga Pasar Besar Kuantan Sila Tampil Buat Saringan Covid-19’

M Update, 09/07/2021 – Seramai 264 peniaga dan pembantu mereka di Pasar Besar Kuantan yang belum menjalani ujian saringan Covid-19 diminta hadir ke Terminal Sentral Kuantan (TSK) bagi menjalani itu pada Jumaat.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Norkamawati Kamal berkata, ujian saringan dilakukan pada jam 8 hingga 12.30 tengah hari.

Beliau memberitahu, arahan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) merupakan usaha bagi mengekang penularan jangkitan dalam kalangan warga tempatan yang semakin meningkat.

“MBK tidak akan membenarkan Pasar Besar Kuantan beroperasi sehingga kesemua mereka menjalani saringan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Jelasnya, larangan beroperasi ini pastinya akan menyukarkan warga Kuantan untuk mendapatkan bekalan bahan mentah.

“Polis akan mengambil tindakan kepada mereka yang gagal hadir ujian saringan,” ujarnya.

Sehingga kini Kluster Pasar Kemunting membabitkan hampir 800 kes positif jangkitan Covid-19 termasuk peniaga di Pasar Besar Kuantan. – SH Online